Jus Nusantara Almas Murah

Web : http://www.roziezshop.com/ (Roziez Shop)

PROMOSI : 
RM 100 sem / RM 110 ss 

Sms/whtsp 012-3959266

Jus Nusantara Almas

Jus Nusantara Almas

Jus Nusantara Almas

Jus Nusantara Almas

Jus Nusantara Almas

Jus Nusantara Almas

Jus Nusantara diperkaya dengan rumusan bahan botani yang menyimpan 1001 khasiat bagi mengatasi pelbagai
jenis penyakit kronik yang menjejaskan tahap kesihatan.
Ia juga sarat dengan kebaikan dari sumber makanan Sunnah seperti madu, kurma dan Habbatus Sauda yang sesuai
diamalkan sebagai makanan tambahan bagi melindungi tubuh anda daripada jangkitan penyakit serta meningkatkan
tahap kecergasan sepanjang hari.
Selain dapat memulihkan luka luaran dan dalaman akibat kecederaan mahupun pembedahan, Jus Nusantara juga
berupaya membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, buasir,
gout, penyakit sendi serta masalah lemah tenaga batin bagi para suami dan isteri.
Di samping itu juga, kandungan yang menjadi intipati produk ini juga baik untuk kesihatan dalaman wanita di mana
ia mampu mengatasi masalah keputihan, menstabilkan kandungan hormon estrogen, menguatkan otot rahim,
meredakan simptom-simptom menopaus serta menyerlahkan keremajaan dan kejelitaan dari dalam.


KHASIAT JUS NUSANTARA
Membantu merawat pelbagai jenis masalah kesihatan
Meningkatkan tahap tenaga jasmani
Mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah
Menstabilkan tekanan darah
Mengatasi masalah angin dalam badan
Meredakan kekejangan otot
Mengatasi masalah kelesuan
Memulihkan luka luaran dan dalaman
Menguatkan daya ketahanan tubuh bagi menentang serangan penyakit
Meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh
Baik untuk merawat masalah dalaman kaum wanita

KANDUNGAN JUS NUSANTARA
Delima: Buah delima yang kaya dengan vitamin A, C dan E ini mengandungi antioksidan seperti anthocyanin,
flavonoid dan asid ellagic yang lebih tinggi daripada teh hijau dan buah oren yang dapat mencegah serangan
penyakit jantung, diabetes atau kencing manis mahupun kanser. Di samping itu, ia juga dapat mengawal paras
kolestrol dan gula dalam darah, menstabilkan tekanan darah, melancarkan proses penghadaman serta membantu
menguatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah jangkitan penyakit. Buah delima turut bertindak sebagai antipenuaan
serta membantu menggalakkan penghasilan kolagen yang ternyata baik untuk struktur kulit yang lebih
tegang dan anjal.
Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada
glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh. Ia kaya dengan kebaikan vitamin B
kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang mampu meningkatkan tahap metabolisme,
menstabilkan tekanan darah, mempercepatkan pemulihan luka serta memelihara sistem saraf. Madu juga bertindak
sebagai agen antioksidan selain turut berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah
daripada penyakit seperti gout, alahan dan masalah sendi.
Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan
potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan
proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke
bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping
meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.
Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega
3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di
samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta
meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia
turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mengatasi masalah
pernafasan serta membantu menguatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.
Temulawak: Berasal daripada keluarga halia, Temulawak berperanan menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal
kadar metabolisme dan kolestrol, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, sakit kepala, sembelit dan juga
menambah selera makan. Temulawak juga berfungsi menguatkan sendi, menurunkan berat badan dan membuang
angin di samping menyegarkan lagi tubuh badan.
Halia Bara: Herba ini sering digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya untuk merawat wanita selepas
bersalin. Halia bara membantu mengurangkan sengal-sengal badan, melancarkan sistem penghadaman, membuang
angin dalam badan serta membantu menurunkan berat badan selepas bersalin.
Cekur: Cekur yang turut dipanggil kencur ini bersifat antibakteria, antikulat dan antiradang serta berupaya
membekalkan khasiat bagi kesihatan tubuh badan. Ia kaya dengan kandungan air, zink, kalsium dan zat besi yang
membantu menguatkan tulang dan otot, membuang angin dalam badan dan meredakan demam panas di samping
berupaya mengecutkan rahim serta sesuai untuk diamalkan ibu dalam pantang.
Kunyit: Kunyit bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan, malah ia kaya dengan khasiat yang mampu
memelihara kesihatan jasmani. Ia mengandungi serat, zat besi, kalsium, magnesium serta vitamin C, E dan K yang
berupaya melancarkan proses pencernaan serta menguatkan sistem imunisasi bagi mencegah serangan penyakit.
Di samping itu, ia juga berkesan untuk mengawal paras kolestrol dan gula dalam darah serta mengurangkan
masalah radang usus, perut kembung dan angin dalam badan. Kunyit juga baik untuk merawat penyakit sendi serta
mempunyai sifat antiseptik yang berupaya mempercepatkan pemulihan luka serta turut berupaya merawat masalah
radang.
Halba: Halba yang turut dikenali sebagai Fenugreek ini mampu mengurangkan kadar kolestrol LDL yang tinggi serta
meningkatkan tahap kolestrol baik atau HDL, di samping meredakan penyakit sendi dan jantung, membantu melindungi hati daripada jangkitan, melancarkan sistem pencernaan, melegakan sakit kepala dan menggalakkan
tumbesaran kanak-kanak. Kajian pakar menyatakan halba mampu membasmi sel kanser payudara dan leukemia di
samping meningkatkan bekalan susu ibu. Selain itu, halba turut membantu membuang angin dalam badan,
melancarkan kitaran haid, mengatasi senggugut, serta meningkatkan kandungan air mani dan tenaga batin.
Bunga Cengkih: Cengkih yang bersifat antiseptik ini ternyata kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah
osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan mengurangkan kekejangan dan keletihan
otot, serta melegakan masalah sindrom pra haid. Antara khasiat cengkih yang lain adalah membasmi bakteria,
membekalkan tenaga zahir dan batin, menstabilkan sistem pencernaan, mencegah kanser terutamanya pada kulit,
paru-paru dan saluran pencernaan. Cengkih juga mengandungi Eugenol yang bersifat anti-kulat dan berupaya
mengatasi masalah penyakit kulit.
Kulit Kayu Manis: Kulit kayu manis kaya dengan khasiat dari sumber serat, kalsium, zat besi dan mangan yang
berupaya menstabilkan tahap kolestrol dan gula dalam darah, memelihara sistem kardiovaskular, mengurangkan
risiko serangan kanser, serta mencegah jangkitan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit. Ia juga mampu
mengatasi kemurungan, keletihan dan bau badan yang kurang menyenangkan, meredakan ketegangan otot,
memulihkan senggugut bagi wanita, mengecutkan jerawat dan membantu mengekalkan kehalusan kulit.
Lada Hitam: Ekstrak lada hitam dan putih berupaya merawat penyakit saraf yang juga dikenali sebagai neuralgia
dan penyakit kulit. Selain itu ia juga berperanan untuk mengatasi sakit-sakit badan, membasmi kuman di dalam
perut untuk meredakan sebarang kesakitan di dalam perut.

CARA PENGGUNAAN JUS NUSANTARA
1. Goncang botol sebelum minum.
2. Mulakan dengan bacaan bismillah, 3 kali selawat, doa dan niat.
3. Ambil 20 ml sebanyak 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur pada waktu malam.
4. Simpan di tempat yang kering pada suhu bilik.
KANDUNGAN: 20 ML x 20 SACHET

No comments: